(Surah Al-Baqarah 34-37)
Maksudnya:Dan(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam".Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadikan ia dari golongan yang kafir. Dan Kami berfirman. "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa saja kamu berdua sukai, dan janglah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman. "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh sebahagian kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima Taubat), lagi Maha Mengasihani.
2.1 KETAATAN MALAIKAT DAN KEDERHAKAAN IBLIS
1.Dalam ayat 34 surah Al-Baqarah, Allah S.W.T. memerintahkan malaikat dan iblis sujud iaitu memberi hormat kepada Nabi Adam.
2.Malaikat dengan segera mematuhi perintah tersebut dengan memberi hormat kepada Nabi Adam, sebaliknya ibkus dengan angkuh dan takbur enggan patuh pada perintah Allah.
3.Iblis telah melanggar perintah Allah S.W.T untuk sujud kepada Nabi Adam.
4.Sikap sombong dan takbur iblis itu telah mendapat kemurkaan Allah S.W.T. dan akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.
2.2 CARA SYAITAN MEMPERDAYAKAN MANUSIA
1.Menggoda manusia supaya mensyirikkan Allah S.W.T.
2.Mempengaruhi manusia agar mengingkari perintah Allah S.W.T..
3.Mendorong manusia melakukan maksiat.
4.Membisikkan manusia supaya melakukan kerja sia-sia.
5.Menimbulkan perasaan was-was dalam jiwa manusia.
2.3 CARA MENGHINDARI TIPU DAYA SYAITAN
1.Taat dan patuh pada perintah Allah S.W.T..
2.Meninggalkan segala tegahan Allah S,W,T,.
3.Melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. dengan penuh khusyuk,
4.Sentiasa mengingati Allah S,W,T, ketika susah dan senang.
5.Berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.
6.Sentiasa taat dan patuh pada perintah ibu,bapa dan guru.
2.4 SYARAT-SYARAT TAUBAT
1.Manusia diperintahkan agar sentiasa bertaubat kepada Allah S.W.T..
2.Antara syarat-syarat taubat ialah:
(a)menyesali kesalahan yang telah dilakukannya.
(b)berhenti daripada melakukan perbuatan maksiat serta merta.
(c)berazam tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan.
(d)meminta maaf atau mengembalikan hak orang lain sekiranya melakukan kesalahan kepada manusia.
2.5 CIRI ORANG YANG TAAT PADA PERINTAH ALLAH S.W.T.
1.Memelihara iman daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya.
2.Sentiasa patuh pada suruhan Allah S.W.T..
3.Sentiasa beraubat kepada Allah S.W.T..
4.Sentiasa MENGINGATI Allah S.W.T. dengan berzikir.
5.Sentiasa menjaga maruah diri,
2.6 PENGAJARAN AYAT
1.Malaikat merupakan makhluk yang paling taat kepada Allah S.W.T..
2.Iblis merupakkan musuh utama manusia.
3.Kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan tipu daya iblis.
4.Allah S.W.T mengasihi hambaNya yang sentiasa bertaubat.