Isnin, 25 Januari 2016

AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP

                                                                                                      (Surah Al-Baqarah: Ayat 1-5)
Maksudnya: Alif , Lam, Mim. Kitab Al-Quran ini,tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya);ia pula menjadi pentujuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat pentunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


1.1 AL-QURAN PANDUAN HIDUP 

1.Al-Quran merupakan wahyu Allah S.W.T. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibrail A.S..

2.Al-Quran juga merupakan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah S.A.W untuk menjadi panduan hidup kepada seluruh manusia.

3.Kandungan kitab Al-Quran menyentuh keselutuh aspek kehidupan manusia.

4.Antara cara beriman dengan Al-Quran:

(a)sentiasa membaca Al-Quran
(b)memehami,menghayati,dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran
(c)menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama
(d)menjaga kesucian dan kemulian Al-Quran

5.Allah S.W.T. menjamin kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat bagi setiap manusia yang mengamalkan ajaran Al-Quran.

1.2 KONSEP TAKWA


1.Takwa ialah mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T dengan cara mengerjakan sengala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya

2.Orang yang bertakwa sentiasa ikhlas melaksanakan perintah Allah S.W.T..

3.Setiap usaha yang baik mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T..

1.3 CIRI-CIRI MUKMIN BERTAKWA BERDASARKAN AYAT


1.Beriman dan beramal dengan ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran

2.Beriman dengan hari kiamat.

3.Beriman kepada perkara-perkata ghaib iaitu perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia sepeti syurga dan neraka.

4.Mendirikan solat lima waktu.

5.Beriman kepada kitab-kitab asal yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada para rasul yang tidak diubah.

6.Membelanjakan harta pada jalan Allah S.W.T..

1.4 CARA MENJADI ORANG BERIMAN DAN BERTAKWA


1.Taat dan patuh pada perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan segala larangan-Nya.

2.Mengerjakan solat dengan khusyuk.

3.Rajin mengerjakan ibadat sunat seperti puasa sunat.

4.Setiasa membaca dan memahami Al-Quran.

5.Banyak melakukan amalan kebaikan dan kebajikan,

1.5 KELEBIHAN ORANG YANG BERTAKWA


1.Setiasa berada di dalam keredaan dan kasih sayang Allah S.W.T..

2.Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

3.Menjadi insan yang berilmu serta sentiasa beramal dengan ajaran Allah S.W.T..

4.Tabah,cekal, dan sentiasa bersifat dengan sifat-sifat mulia dalam kehidupan.

1.6 PENGAJARAN AYAT

1.Manusia mestilah menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

2.Manusia wajib melakukan ibadat kepada Allah S.W.T..

3.Yakin dengan perkara ghaib dan hari khiamat merupakan ifat orang yang bertakwa.

4.Orang yang bertakwa sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T..

5.Harta kekayaan hendaklah dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan