Jumaat, 15 Januari 2016

Empat Khalifah Hebat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

a.       KHALIFAH ABU BAKAR ( memerintah dari 11 H – 13 H )
·         Nama sebenar; abdullah bin abi qahafah
·         Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran rasulullah
·         Keturunan bani tamim
·         Orang pertama memeluk islam
·         Digelar as-siddiq kerana mengakui kebenaran rasulullah dalam peristiwa israk mikraj
·         Berhijrah bersama rasulullah ke madinah dan berada bersama baginda ketika di gua thur
b.       KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB (memerintah dari 13 H – 23 H )
·         Nama sebenar; umar bin al-khattab bin naufal
·         Lahir 13 tahun selepas kelahiran rasulullah
·         Keturunan bani adi
·         Digelar al-faruk kerana dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan
·         Beliau berhijrah secara terang dengan mencabar orang quraisy hendak membunuhnya
c.       KHALIFAH USMAN BIN AFFAN (memerintah dari 23 H – 35 H )
·         Dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran rasulullah
·         Berketurunan bani umaiyah
·         Digelar zu an-nurain kerana mengahwini 2 puteri rasulullah
d.       KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
·         Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim
·         Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi muhammad
·         Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam
·         Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala

 
CARA PERLANTIKAN SETIAP KHALIFAH

a.       PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR
·         Berlaku perselisihan pendapat mengenai siapa yang layak menggantikan tempat rasulullah selepas kewafatan baginda
·         Orang ansar telah mengadakan perjumpaan sesama mereka dan mencadangkan saad bin abi ubadah menjadi khalifah
·         Orang muhajirin termasuk abu bakar dan umar telah bergegas ke tempat perjumpaan tersebut setelah mendengar perjumpaan dan agenda yang dijalankan
·         Setelah berlaku perbincangan, abu bakar memberi ucapan dan mencadangkan umar atau abu ubaidah dipilih untuk menjawat jawatan khalifah
·         Kedua-dua yang dicadangkan telah membantah pencalonan tersebut, lantas umar berjabat tangan untuk baiah kepada abu bakar as-siddiq bagi menjawat jawatan khalifah dan diikuti oleh umat islam lain
b.       PERLANTIKAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
·         Ketika abu bakar jatuh sakit, beliau merasa bimbang akan berlaku perpecahan dan melemahkan perpaduan
·         Abu bakar berpendapat bahawa orang yang paling layak ialah umar bin al-khattab
·         Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat tentang cadangan tersebut
·         Usman bin affan telah menulis wasiat atas permintaan abu bakar as-siddiq, dan memperdengarkannya kepada beliau dan orang ramai berkenaan cadangan tersebut.
·         Orang ramai bersetuju dengan cadangan melantik umar selepas kewafatan abu bakar
c.       PERLANTIKAN KHALIFAH USMAN BIN AFFAN
·         Setelah umar ditikam oleh abu lu'luah yang beragma majusi, beberapa orang sahabat telah berjumpa umar dan mendesak agar dilantik penggantinya
·         Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat antaranya ali bin abi talib dan usman
·         Abdul rahman bin auf yang dicadangkan telah menarik diri dan berjanji untuk menjalankan pemilihan dan temu bual bersama orang ramai untuk memilih ali atau usman yang lebih layak menjadi khalifah
·         Setelah orang ramai memilih usman yang layak menjadi khalifah terlebih dahulu dan dituruti oleh ali, abdul rahman mengumumkan perlantikan tersebut dan diikuti oleh para sahabat lain
d.       PERLANTIKAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
·         Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil
·         Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah
·         Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir
·         Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan

BUKTI KEPIMPINAN KHULAFAK AR-RASYIDIN DALAM PERNTADBIRAN NEGARA

·         Mereka menjadi rujukan umat islam kerana mereka adalah antara yang terapat dengan rasulullah dan menerima didikan terus dari rasulullah
·         Mereka dapat menyelesaikan masalah yang timbul di zamannya dengan baik seperti saidina abu bakar yang dapat menumpaskan golongan enggan membayar zakat dan golongan nabi-nabi palsu
·         Rakyat diperintah secara adil dan menjalankan undang-undang berdasarkan al-quran dan sunnah
·         Mereka lebih mengutamakan akhirat dari dunia hingga tidak memerlukan pengawal peribadi semasa mentadbir negara
·         Rakyat berpeluang menyuarakan pandangan kerana mereka bersifat terbuka

DASAR PENTADBIRAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

·         Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan al-quran dan al-hadis
·         Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijtihad
·         Khalifah merupakan ketua negara
·         Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah dan rasulnya
·         Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluran yang betul dll
 

 
SUMBANGAN DAN JASA KHULAFAK AR-RASYIDIN

a.       KHALIFAH ABU BAKAR
·         Mendaulatkan kerajaan islam madinah daripada nacman golongan murtad, gerakan nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat
·         Membebaskan negeri-negeri dibawah pengaruh rom dan parsi
·         Mengumpul tulisan-tulisan al-quran
b.       KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
·         Menyusun pnetadbiran majlis syura
·         Menubuhkan beberapa jabatan bagi melicinkan pentadbiran negara
·         Menyusun undang-undang tanah negara
·         Mengisytiharkan kalendar mengikut tahun hijrah
·         Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut
c.       KHALIFAH USMAN BIN AFFAN
·         Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
·         Mengumpul dan membukukan al-quran dalam satu naskhah
·         Membesarkan angakatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada peluasan kuasa ean wilayah
d.       KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
·         Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan tidak tenteram

KEMAJUAN YANG DICAPAI SEMASA PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

a.       Sosial
                                                   i.      Maysarakat yang terdiri dari perlbagai bangsa dan agama hidup dalam keadaan harmoni bebas mengamalkan ajaran masing-masing tetapi patuh dengan sistem pentadbiran islam
                                                 ii.      Pendidikan diambil berat oleh khulafak. Masjid dijadikan pusat pendidikan. " kuttab " didirikan disekitar masjid oleh golongan kaya. Guru-guru dilantik dari kalangan yang mampu mengajar al-quran, menulis, membaca dan mengajarbidang-bidang tertentu seperti sirah, seni lukis, dan syair
                                                iii.      Para khulafak menjaga kebajikan setiap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Sebagai contoh, pegawai khas dilantik untuk memantau ketua-ketua wilayah supaya sentiasa tidak membebankan rakyat
                                                iv.      Para khulafak tidak memilih pangkat dan kedudukan dlan\m menguatkuasakan undang-undang
                                                 v.      Pelbagai kemudahan awam diwujudkan seperti baitul mal untuk menyimpan harta kerajaan, bandar-bandar baru dibangunkan, sistem saliran dan empangan diadakan untuk memajukan sektor pertanian
b.       Ekonomi
                                                   i.      Negara mempunyai banyak kawasan pertanian yang subur pada zaman umar dan usman
                                                 ii.      Harta negara kiat meningkat hasil dari zakat, jizyah, ghanimah, fai'e, usyur dll
                                                iii.      Jabatan khas ditubuhkan untuk memastikan cukai dipungut dengan lebih sistematik
c.       Peluasan kawasan
                                                   i.      Negara islam kian meluas dari setiap pemerintahan khulafak
                                                 ii.      Negara islam meluas hingga ke utara afrika, turkistan dan hingga ke pulau cyprus

KESAN POSITIF DARIPADA KEPIMPINAN DAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

a.       Corak kepimpinan
·         Pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan syariat islam
b.       Sifat pemimpin
·         Pemimpin negara yang dipilih adalah dari kalangan yang berakhlak dan berwawasan memajukan negara
c.       Pertahanan
·         Diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas dari ancaman luar
d.       Ekonomi
·         Dasar ekonomi digubal secara adil untuk rakyat
e.       Sosial
·         Ilmu pengetahuan diberi perhatian untuk rakyat
·         Rakyat dilayan sama rata
·         Kebajikan rakyat dijaga terutama golongan fakir miskin
AKIBAT YANG TIMBUL SEMASA UMAT ISLAM DAHULU MEMBELAKANGKAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

a.       Negara islam selepas khulafak ar-rasyidin dipimpin oleh khulafak secara warisan
b.       Keadaan huru hara pada zaman usman dan ali akibat meluasnya perbuatan fitnah dan sikap bermusuhan sesama sendiri
c.       Orang munafik memecahbelakan umat islam
d.       Timbul perpecahan aliran fikiran seperti ahli sunnah, syiah dan khawarij yang meruntuhkan perpaduan umat islam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DICONTOHI DARI KEJAYAAN PIMPINAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

a.       Menjalankan urusan kehidupan dengan akidah yang benar
b.       Patuh kepada syariat islam dan sanggup berjihad mempertahankan kesucian agama islam
c.       Mendalami ilmu pengetahuan yang banyak seperti khulafak ar-rasyidin yang mahir dalam ilmu agama dan pentadbiran
d.       Melaksanakan sistem syura dalam mencari keputusan dan mementingkan perpaduan ramai bukan perpaduan puak sahaja
e.       Membela golongan miskin dan mencari sumber-sumber kewangan untuk memajukan pentadbiran negara
f.        Rakyat diberi hak untuk mengamalkan agama masing-masing asalkan tidak menggangu pentadbiran yang berteras kepada syariat
g.       Dakwah perlu dijalankan oleh individu dan kerajaan bagi memerangi syirik dan kekufuran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan